fbpx

Kegemelutan politik di Malaysia membimbangkan rakyat terutamanya kini dengan wabak COVID-19 yang masih belum lagi dibendung.

Kami menerima emel dari pembaca yang muak dengan permainan sesetengah ahli politik dan tidak hirau mengenai tanggungjawab mereka sebagai wakil rakyat sehingga salah seorang pembaca ingin PM membuat rombakan kabinet agak kerajaan boleh fokus dalam menangani isu COVID-19 dan kesejahteraan rakyat.


Inilah waktu yang sesuai untuk Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat rombakan kabinet.

Keadaan politik sejak kebelakangan ini agak memeningkan dan meresahkan rakyat. Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kini mengetuai kerajaan perlu mengambil tindakan bagi menstabilkan kerajaan supaya dapat berbakti untuk rakyat dengan lebih efisien.

Rakyat juga semakin muak dan letih dengan kleptokrat dalam UMNO yang kini sering kali cuba meruntuhkan kerajaan bagi mengaut keuntungan yang memihak kepada mereka. Kita perlu sedar bahawa rakyat sudah beralih arah dari UMNO dalam PRU14, maka untuk kembali berkuasa mereka perlu lakukan melalui rakyat, bukan dengan campur tangan dalam kerajaan.

Baru-baru ini mereka membuat perjanjian dengan Anwar Ibrahim untuk kembali berkuasa dan sekiranya berjaya, mereka dapat melepaskan diri daripada pendakwaan di mahkamah. Namun mereka menarik balik keputusan tersebut apabila tidak ramai ahli parlimen UMNO yang menyokong tindakan tersebut.

Adakah mereka masih tidak mengambil pengajaran daripada PRU14 lepas? Adakah mereka masih gila harta dan gila kuasa apabila sudah 60 tahun dalam kerajaan sebelum ditumbangkan pada 2018? Apabila memegang kuasa terlalu lama, mereka akan merasa lebih tinggi daripada undang-undang, maka tindakan mereka tidak menghiraukan moral dan undang-undang.

Malangnya dalam rancangan Anwar tersebut, DAP dan Amanah enggan bekerjasama dengan kleptokrat dalam UMNO, maka rancangan itu gagal. Dari satu sudut, keputusan DAP dan Amanah tersebut telah menyelamat rakyat dan negara kita kerana dengan gagalnya rancangan Anwar itu, kleptokrat dari UMNO tidak akan mampu menggagalkan pendakwaan terhadap mereka.

Demi rakyat dan negara, janganlah kita biarkan kelptokrat UMNO ini berkuasa kembali, maka DAP, Amanah dan PAS patut bekerjasama dan selamatkan negara dari mereka yang hanya ingin menyelamatkan mereka sendiri. Kleptokrat UMNO tersebut ingin kembali berkuasa untuk menyambung ‘legasi’ mereka iaitu mengaut harta dari negara kita yang sekian lama menanggung masalah dari skandal ketika mereka berkuasa sebelum ini.

Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai kemampuan untuk memerintah negara tanpa gangguan dari kleptokrat yang cuba mengambil kuasa sedikit demi sedikit. Kita tak perlukan golongan pencuri ini untuk mencabar keputusan kerajaan apabila mereka sendiri bertopengkan dua muka dan mempunyai matlamat tersendiri.

Inilah masanya untuk Tan Sri Muhyiddin merombak kerajaan bagi memerintah negara dengan lebih baik dan stabil agar terhindar daripada gangguan kleptokrat UMNO. Langkah pertama yang boleh dilakukan adalah dengan bekerjasama dengan DAP dan Amanah di Johor. Kita perlu buktikan kepada rakyat bahawa tanpa kleptokrat UMNO ini, negara boleh ditadbir dengan lebih baik dan maju.

Syed Kamal
2 Disember 2020

Apakah pandangan anda semua mengenai pendapat saudara ini mengenai rombakan kabinet?

[fbcomments]