Personaliti media sosial Indonesia, Lucinta Luna, kembali menjadi perhatian ramai selepas berkongsi secara terbuka mengenai perjalanan dirinya untuk kembali kepada fitrah asal sebagai lelaki.
![]()
Lucinta Luna Serius Berubah, Pilih Nama Asal Untuk Urusan Akhir Hayat
Menerusi temu bual dalam program audio siar Butik Haji Igun, figura berusia 37 tahun yang nama sebenarnya Muhammad Fattah berkata dia kini semakin serius memikirkan soal kehidupan dan persiapan akhirat, termasuk urusan sekiranya meninggal dunia kelak.
Walaupun identitinya pada kad pengenalan dan pasport telah ditukar kepada nama perempuan, Ayluna Putri, dia memaklumkan kepada keluarga terdekat bahawa nama yang ingin digunakan pada batu nisan ialah nama asalnya, Muhammad Fattah.
![]()
Dalam pada itu, Lucinta turut menyatakan hasrat agar jenazahnya nanti diuruskan sebagai seorang lelaki, termasuk proses mandi dan solat jenazah. Menurutnya, status pada dokumen rasmi tidak lagi menjadi perkara utama bagi urusan akhirat.
Sebelum ini, Lucinta juga pernah meminta sokongan orang ramai terhadap usaha perubahan dirinya dan mengakui sedang melalui proses untuk memperbaiki diri serta mencari ketenangan batin.
![]()
Perkongsian itu hadir selepas dia sebelum ini menarik perhatian apabila tampil menunaikan solat Aidilfitri di saf lelaki ketika berada di Korea Selatan, yang disifatkan sebagai sebahagian daripada perjalanan spiritual dan perubahan hidupnya.
Kredit: portal Tribun News