fbpx

Ibu mana yang tak terkejut dan risau bila dapat tahu pengasuh anaknya itu merupakan penagih dadah. Kegiatan pasangan suami isteri itu terbongkar selepas Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kubang Pasu membuat serbuan di rumah mereka.

Kanak-kanak tersebut turut dibawa ke AADK

Difahamkan ketika pasangan ini ditahan, mereka berada dalam rumah bersama dua anak berusia lapan dan lima tahun serta seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun.

Pasangan itu, bersama kanak-kanak tersebut dibawa ke pejabat AADK Kubang Pasu untuk siasatan lanjut manakala kedua-dua anak mereka diserahkan kepada keluarga terdekat, manakala budak yang diasuh itu diserahkan kembali kepada ibunya.

Ibu kepada budak yang diasuh menjelaskan sudah mengenali pengasuh tersebut agak lama kerana tinggal berjiran dengan rumah keluarganya.

Dijaga dengan baik

Walau bagaimana pun, si ibu ini memberitahu keadaan rumah pengasuh itu memang sentiasa bersih, dan anak turut dijaga dengan baik tanpa ada sebarang masalah.

Setiap bulan RM 250, dibayar kepada pengasuh sebagai bayaran untuk khidmat asuhan, kadangkala mereka kerap meminjam duit selama ini tetapi tidak mensyaki apa-apa.

Menerusi ujian saringan awal yang dilakukan terhadap pasangan suami isteri itu, masing-masing didapati positif methapetamine.

[fbcomments]