fbpx

Akibat terlupa untuk menarik brek tangan kereta ketika meletakkan kenderaan, dua penunggang motosikal menjadi mangsa kemalangan selepas kereta tersebut berundur secara tiba-tiba dan mereka tidak sempat untuk mengelak lalu berlanggar hingga terpelanting.

Video di bawah:

https://x.com/update11111/status/1799440924298351089?s=46&t=lOtDPMyIYmtDu_EQulWeUw

Tak Perasan Kereta Mengundur Laju Ke Arah Jalan Utama

Menerusi video yang dimuat naik oleh @update11111 di laman X, dapat dilihat sebuah kenderaan jenis Ativa berwarna putih mengundur dengan laju masuk ke jalan besar hingga mendatangkan bahaya terhadap pengguna jalan raya yang lain.

Hasil daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati pemandu kereta berkenaaan yang juga merupakan seorang jururunding jualan kenderaan masuk ke perkarangan pusat servis untuk memarkir sebentar, sambil pintu keretanya tidak tertutup dan dibiarkan terbuka.

Sebaik sahaja pemandu kenderaan itu keluar tanpa menarik brek tangan, kenderaan tersebut mula mengundur laju secara tiba-tiba dan memasuki laluan jalan raya utama yang sedang sibuk.

Pengawal keselamatan yang menyedari kejadian itu bagaimanapun tidak mampu untuk melakukan apa-apa kerana ia berlaku sangat pantas. Malang tidak berbau, kereta Ativa tersebut kemudiannya dirempuh oleh dua penunggang motosikal yang tidak sempat untuk mengelak dan akhirnya menghentam sisi kenderaan terbabit.

Difahamkan, dua penunggang motosikal yang terlibat disahkan mengalami kecederaan dan siasatan dijalankan mengikut Peraturan 14 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

Reaksi Netizen

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa ketidakpuasan hati mereka terhadap pemilik kenderaan yang telah menyebabkan kemalangan terhadap dua pengguna jalan raya yang tidak bersalah.

Kredit: X update11111

[fbcomments]