Usahawan dan selebriti media sosial terkenal, Nursajat Kamaruzzaman meluahkan rasa syukur apabila rakan seperjuangannya iaitu Dato’ Aliff Syukri dan isterinya, Datin Seri Shahida Mohd Rashid sudi menghulurkan bantuan untuk membelikan kerusi roda buat ayah Sajat yang sakit pada ketika ini.
Aliff Syukri Bantu Sajat Belikan Kerusi Roda Untuk Bapa
Berdasarkan hantaran yang dikongsikan oleh Sajat di laman Instagram miliknya, beliau memuat naik video yang dikirim Aliff Syukri sewaktu membeli dan menghadiahkan kerusi roda untuk diberi kepada bapa Sajat. Sajat meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Aliff Syukri beserta isterinya atas kebaikan dan pengorbanan yang mereka lakukan untuknya yang jauh. Sajat turut memberitahu hubungan silaturahim antara mereka masih berjalan seperti biasa dan sering berkomunikasi menerusi media sosial ataupun aplikasi Whatsapp bagi bertanya khabar.
“Hanya boleh Sajat ucapkan terima kasih buat sahabat Sajat Datuk Aliff Syukri dan Datin sebab menolong Sajat beli kerusi roda dan tempat kelengkapan utnuk membuang air besar. Ini sahaja Sajat boleh bantu keluarga Sajat yang jauh di mata tapi dekat di hati. Bila kita jauh, hanya silaturahim dari perhatian sahabat.
“Ramai yang tanya Sajat masih berbaik lagi ke dengan keluarga Datuk dan Datin? Sebenarnya kami masih lagi sahabat macam dulu. Cuma hanya melalui media sosial dan Whatsapp sahaja kami bertanya khabar”, tulisnya.
“Ajad Sayang Ayah Dengan Emak”
Dalam pada itu, Sajat turut meluahkan dirinya berasa sebak apabila Aliff Syukri mengirimkan kiriman video kepadanya ketika menyerahkan kerusi roda yang dibeli kepada bapanya. Sajat juga tidak lepas untuk memohon maaf terhadap bapanya dan meminta ampun atas segala yang dilakukan termasuklah mengatakan yang beliau sangat menyayangi orang tuanya.
“Bila Datuk kirimkan video ini pada Sajat, terasa sedih dan sebak, bila orang yang kita sayang dapat buat dia tersenyum selagi dia masih hidup. Ayah maafkan Sajat, ampun kan Ajad, ayah adalah ayah terbaik dalam dunia ini. Ajad sayang ayah dan emak. Buat Datuk dan Datin, terima kasih kerana menolong Sajat, walaupun Datin dan Datuk sibuk, tapi tetap mencuri waktu untuk emmbantu sahabat ini yang jauh dari amta. Terima kasih dan semoga Allah membalas kebaikan Datuk dan Datin. Amin”, ujar Sajat diakhir kata.
Aliff Syukri Nampak Sajat Gembira Bila Ayah Dapat Kerusi Roda
Sementara itu, usahawan ternama, Dato’ Seri Aliff Syukri, berkongsi momen yang luar biasa ketika dia memenuhi hajat sahabatnya yang kini berada jauh di Australia. Dalam pandangan Aliff Syukri, Sajat tampak begitu bersemangat dan bahagia ketika dia secara langsung memilih kerusi roda untuk ayahnya melalui panggilan video semasa Aliff Syukri berada di sebuah kedai menjual barangan perubatan.
Kredit: Instagram nursajatkamaruzzaman, aliffsyukriterlajaklaris