“Kita bukan nak kecam cuma nak betulkan keadaan yang mana netizen sudah salah tafsir seolah kami di sini tidak cakna pada kebajikan setempat”

Demikian kata Pengerusi Kelab Kebajikan Sosial Pahang atau lebih dikenali sebagai Fisabilillah Pahang, Razak Zain berhubung satu perkongsiannya di Facebook yang ‘menegur’ pendekatan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew dalam menghulurkan bantuan kepada penduduk tempatan.

Teguran itu disuarakannya selepas kisah pendakwah tersebut yang turun padang membantu sebuah keluarga daif di Tanjung Lumpur, Kuantan, menjadi viral di media sosial.

Jom lap air mata. Syukur selesai lagi satu rumah. Jom balik kl. Saya lahir dan membesar di Pahang. Ayah di Pahang. Kubur…

Posted by Ebit Lew on Jumaat, 8 Mei 2020

Menurut Razak, pendakwah tersebut seharusnya menyelidik latar belakang sesebuah keluarga yang ingin dibantu dengan merujuk kepada wakil penduduk di kawasan berkenaan terlebih dahulu.

Netizen persoalkan peranan pihak berwajib

Tambah beliau lagi, disebabkan pendekatan ‘terjah’ tersebut dikongsi di media sosial sehingga tular, segelintir netizen mula mempersoalkan peranan pihak berwajib yang seolah-olah tidak cakna dengan kesusahan penduduk sekitar.

Notis pemberitahuan ini baru je dipacak meminta penduduk yang menduduki tanah kerajaan segera berpindah dalam masa 14 hari.

“Semua penduduk sekitar yang masih duduk di tanah kerajaan seramai 39 keluarga diarahkan pindah dalam masa dua minggu.

“(Papan tanda) dipacak dan diberikan notis secara bersurat. Kami sangat alukan bantuan kerja amal serta kebajikan.

“Siapa yang tidak suka kepada kerja kebajikan nak bantu orang susah kan? Tapi biarlah beradab dengan mendapatkan info sebenar dahulu.

“Sekarang lihatlah kesannya, tempiasnya semua keluarga yang masih tinggal di tanah kerajaan telah diberi notis kosongkan tempat tersebut. Sebab kerajaan negeri juga terkena tempiasnya,” ujarnya kepada mStar

Salah saya, maafkan saya…

Ustaz Ebit Lew mengaku kesilapan tersebut sebab tidak bertanya terlebih dahulu dan telah berjumpa dengan wakil rakyat Tanjung Lumpur.

“Tak sangka jadi macam ini. Salah saya maafkan saya yer. Janganlah salahkan sesiapa. Saya bila tengok orang tidur dalam air sekian lama siapa boleh tahan. Ada anak kecil. Atap bocor. Salah saya tak tahan tengok orang tidur atap bocor bertahun. Baby sejuk tiada alas tidur. Saya baru belajar Islam walau kucing atau anjing dalam longkang kena diselamatkan. Inikanlah pula manusia yang mulia.

Saya tak kerja dengan sesiapapun. Cuma kerana sebagai hamba Allah saya takut ditanya diakhirat nanti. Kata-kata orang netizen ini seminggu dua hilang. Tapi tanggungjawab saya depan Allah esok. Saya tidur lena makan sedap tak perasan masa berlalu. Mereka yang berhujan sejuk. Ada anak kecil. Sebab itu saya niat nak bantu bayar sewa semua selagi termampu dan selagi hidup atau saat keluarga itu boleh berdikari. Dunia sementara akhirat selamanya. Kita risaukan bukan disini. Tapi disana nanti.

Saya terus bergegas ke rumah ini. Tuan rumah ini dah pernah pindah ke flat yang disediakan kerajaan dengan bayaran rm120 sebulan. Tapi banyak bulan tak bayar mereka diberi notis untuk keluar. Jadi mereka kembali ke rumah uzur ini. Keluarga ini buat cod makanan. Yerlah ujian hidup masing-masing. Kadang bagi kita duit itu kecil. Setengah orang duit itu besar.

Sebak menangis. Ya Allah tuhanku. Maafkanlah hambamu ini ebit lew. Walau dah nak balik terus kembali ke Tanjung Lumpur…

Posted by Ebit Lew on Jumaat, 8 Mei 2020
[fbcomments]