Baru-baru ini seorang doktor ada membuat hantaran di Facebooknya bagi menunjukkan keadan di Semporna, Sabah yang menyaksikan peningkatan Covid-19 sehingga menarik perhatian warganet.

Keadaan seperti dalam filem

Dalam hantarannya beliau menyifatkannya kejadian ini seperti bermimpi atau tengok filem.

Rasa seperti bermimpi atau tengok filem. Bulan 3 bantu team Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Lahad Datu setup…

Posted by Muhamad Na'im Ab Razak on Ahad, 4 Oktober 2020

Menurut doktor itu, tiga bulan lalu dia membantu Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Lahad Datu untuk merangka “pelan bencana” Covid-19.

Wad dan ICU penuh, tak boleh menampung

Beliau turut bantu pasukan perubatan di Semporna.

Menurut doktor ni, setiap hari ada sahaja pesakit datang ke hospital dengan masalah tak boleh bernafas, batuk teruk. Ramai yang kritikal, ada yang terpaksa diberi bantuan pernafasan menggunakan mesin ventilator.

Paling teruk, wad dan ICU (Unit Rawatan Rapi) penuh. Covid center tak boleh tampung (bilangan pesakit).

Kali pertama berdepan situasi begini

Sepanjang) sembilan tahun jadi doktor, ini kali pertama saya berdepan situasi sebegini.

Saya pun takut juga akan positif (wabak itu) tetapi terpaksa kuatkan semangat.

Sabah menyaksikan kenaikan kes Covid-19 susulan pilihan raya negeri yang berakhir 26 September lalu.

Saya benci pandemik Covid-19 dan mana-mana bencana secara am. Bukan kerana terpaksa bekerja dalam masa yang panjang atau…

Posted by Muhamad Na'im Ab Razak on Ahad, 4 Oktober 2020
[fbcomments]