fbpx

Pelakon cantik Alya Iman telah dilanda pelbagai kontroversi termasuklah apabila dia menanggalkan tudung baru-baru ini.

Anak kepada pelakon Allahyarham Azmil Mustapha ini juga ada berkongsi video-video dengan penampilan barunya itu di platform TikTok.

Terbaru, Alya ada berkongsi videonya berjalan-jalan di ibu kota sambil menggayakan baju berwarna jingga. Menurut pemerhatian Bawang Rangers, rata-rata telah melupakan isu Alya membuka hijab sebaliknya memuji kecantikan pelakon berusia 22 tahun itu.

@alyimn Kinda bright in the city 🍊 #fyp ♬ What It Is Solo Version

Menjengah ruangan komen, rata-rata suka melihat kecantikan gadis itu malah ramai yang menyamakan Alya dengan selebriti jelita Fazura.

Sekadar info, Alya menyatakan tindakannya membuka tudung adalah untuk menjadi diri sendiri dan tidak menjadi hipokrit.

Sumber: TikTok

[fbcomments]