Baru-baru ini tular di laman TikTok di mana sebuah video yang dimuatnaik oleh @maajunmantul, mendakwa seorang pemain kelab bola sepak Sri Pahang belum menjelaskan hutang yang berjumlah RM100,000.
Macam Kenal Je
Berdasarkan video yang dimuat naik itu, wanita tersebut memuatnaik gambar bekas pemain dari sebuah kelab bola sepak Selatan dalam bentuk ucapan takziah dengan meminta pemain bola sepak tersebut untuk segera membayar hutang.
“Diminta untuk bayar HUTANG dengan segera. Jangan pandai HUTANG tak pandai BAYAR. Cepat bayar”, tulisnya di dalam gambar tersebut.
Difahamkan, pemain terbabit sudah membayar RM11,000 namun bertindak menghilangkan diri selama empat bulan meskipun sudah berjanji untuk membayar RM4,000 secara bulanan.
“Saya fund dia duit kedai makan..RM100K baru bayar RM11K.. ada lagi RM89K dia janji nak bayar setiap bulan RM4K.. hanya 3 bulan sahaja dia bayar, lepastu dah tak bayar 4 bulan. Bila minta alasan Pahang hold gaji.. tak kan lah 4 bulan tak dapat gaji.. sesen pun dah tak bayar sekarang ni.. bila minta banyak pula alasan siap maki saya lagi”, kata wanita tersebut menjelaskan apa yang terjadi di ruangan komen.
Reaksi Netizen
Meninjau di ruangan komen, terdapat pelbagai reaksi yang diperoleh dari mereka. Namun begitu, hutang tetap hutang dan ia perlu dilangsaikan dengan cara yang betul.



Kredit: TikTok maajunmantul