fbpx

Pelakon Emma Maembong akhirnya membuka mulut selepas kerap dikritik netizen tentang tingkah lakunya lepas melahirkan anak kedua, Shakil Aryan Shah, 10 Mei lalu.

Emma meluahkan perasaannya di TikTok apabila melihat isunya berpantang semakin menjadi-jadi termasuklah dakwaan dia jatuh peranakan, tumpah darah, menangis dan sebagainya.

Emma yang pada awalnya tidak mahu memberi komen akan perkara tersebut akhirnya terpaksa membuka mulut mempertahankan diri sendiri.

“Saya tak faham kenapa isu saya berpantang ni beriya sangat. Sesiapa yang nasihat saya secara baik, saya okaylah saya fikir mungkin mereka sayang dan ambil berat.

“Tapi ada yang beriya-iya komen sampai macam marah macam dia duduk sebelah saya dan tahu saya berpantang ke tak.

“Alhamdulillah, saya sihat takda pun viral yang kata saya menangis ke tumpah darah ke semua tu fake. Saya berpantang, jangan risau.

Setiap badan lain-lain

Emma beranggapan setiap wanita mempunyai situasi yang berbeza selepas melahirkan. Emma berkata dia beruntung kerana dapat bersalin secara normal untuk anak pertama dan kedua. Dia juga tidak mengalami sebarang luka dan koyak, selain boleh bergerak selepas bersalin.

Emma beranggapan hal itu bermula dari sewaktu mengandung lagi dimana dia telah aktif bekerja. Emma beranggapan setiap badan manusia itu berbeza dan mempunyai cara masing-masing.

Namun, Emma sendiri tetap menjaga pemakanan ketika berpantang bagi memastikan kesihatan dalamannya turut terjaga.

“Saya dah biasa kerja. Masa saya mengandung pun saya kerja dan aktif. Bila saya aktif saya cepat sihat dan cepat sembuh sebab pemakanan pun kita kena jaga. Semua manusia lain-lain, tak ada yang sama.

Emma juga menasihati orang ramai untuk tidak terlalu keterlaluan dalam menegur. Dia juga menekankan semua pihak untuk menghormati satu sama lain selain mendoakan perjalanan berpantang yang terbaik buat wanita di luar sana.

Sekadar info, pelakon drama Nusyuz Berkiblat Cinta itu mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari 2020.Hasil perkahwinan itu, Emma dan suami dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki, Shariq Gabriel dan Shakil Aryan Shah.

[fbcomments]