Masih ingat dengan kes bos Macau Scam terbesar di Malaysia? Haa nak tahu kesinabungannya?
BACA : Bos Besar Macau Scam Ditangkap & Ada Yang Dakwa Ia Dijaga Oleh Pegawai Polis. Betul Ke?
BACA : Dua Pegawai Polis Ditahan SPRM, Disyaki Ada Kaitan Dengan Kes Pengubahan Wang Haram
Sebanyak RM100,000 di rumah pegawai polis
Terbaru ni, berita ada menyatakan bahawa pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menemui wang tunai sebanyak RM100,000 di rumah salah seorang pegawai polis yang ditahan dipercayai terbabit dalam sindiket`cuci duit’
SPRM menemui wang tunai RM100,000 di rumah salah seorang pegawai yang ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan
Menahan 10 pegawai & anggota polis
Menurut Berita Harian, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan 10 individu termasuk lapan pegawai kanan Polis Diraja Malaysia.
Menurutnya lagi, seorang anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor telah ditahan dipercayai kenalan kepada Datuk Addy Kana.
Dia ditahan di IPK Selangor selepas keterangan diambil Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman. Anggota berkenaan ditahan bagi membantu siasatan berhubung siasatan kes berkenaan dan pembabitannya di dalam kumpulan sindiket itu.