fbpx

Setiap pasangan semestinya mahukan zuriat setelah berkahwin. Begitulah juga buat usahawan terkenal Madammu dan suaminya, Azri atau lebih dikenali sebagai TP (Tuan Penasihat).

Ramai yang mengikuti perjalanan pasangan ini mendapatkan zuriat sendiri dari rawatan IVF hinggalah ke hari ini apabila Madammu telah melahirkan anak kandung pertama yang digelar Baby A.

Jantina Belum Tahu

Pemilik nama penuh Eriyca Baiduri itu telah selamat melahirkan Baby A di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur. Namun begitu, jantina Baby A masih menjadi teka-teki.

Turut menjadi perhatian ialah bilik wad Madammu yang dihias cantik dengan belon dan patung beruang.

Anak tiri mengalirkan air mata

Selain TP yang kelihatan risau dan gelisah, anak tiri Madammu iaitu Ahmadhi juga menangis sewaktu Madammu ditolak ke bilik rawatan pada jam 8 pagi.

@noirhealthbeauty Ahmadhi sedih for Mummy sebab masuk bilik OT dah 😭🥹 #noir #fyp #forypupage #madammu #diarimadammu ♬ Sad background music of piano and strings – Rinotzr

Sekadar info,Madammu yang berusia 34 tahun telah berkahwin dengan duda anak tiga yang sudah kematian isteri, Muhammad Azri Che Noh, 45 tahun. Tiga orang anak tirinya yang disayangi bernama Zahara, Qally dan Ahmadhi.

[fbcomments]