Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan mengabai dan menganiaya remaja Sindrom Down iaitu Bella.

Hakim Izralizam Sanusi membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes.

Siti Bainun didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun itu hingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.

Mahkamah putuskan Siti Bainun bersalah
Sumber: Harian Metro

Bella Alami PTSD

Bella juga didapati mengalami kerosakan emosi selepas menunjukkan simptom Post-Traumatic Stress Disorder (PTSD) selepas diletakkan di bawah penjagaan Siti Bainun.

Hakim Izralizam juga menolak testimoni yang diberikan Siti Bainun pada peringkat pembelaan iaitu kecederaan fizikal Bella disebabkan air panas yang tertumpah selepas mendapati kenyataan itu adalah khabar angin kerana Siti Bainun tiada di rumah ketika kejadian berlaku.

Siti Bainun juga didapati membuat cerita palsu mengenai insiden air panas yang tertumpah di mana insiden tersebut didapati tidak pernah berlaku berdasarkan kenyataan testimoni tertuduh.

Tambahnya lagi, kecederaan Bella yang teruk– dari kesan terbakar dan parut yang berada pada tubuh mangsa adalah kesan air panas tertumpah. Izralizam juga membuat kesimpulan daripada keterangan saksi pendakwaan yang mana ia tidak logik bahawa kecederaan itu hanya dari satu insiden.

Oleh itu, Hakim mendapati keraguan munasabah telah gagal dibangkitkan pada peringkat akhir pembelaan dan menjatuhkan hukuman terhadap pengasas berusia 31 tahun itu di bawah Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM 50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sumber: NST

[fbcomments]