Sejak semalam, media sosial heboh dengan video seorang bapa yang marah dan mengamuk terhadap seorang guru, kerana rambut anaknya dipotong atas alasan panjang yang tidak mematuhi standard sekolah.

Terbaharu, difahamkan bapa kepada pelajar berkenaan kemudiannya telah memotong rambut anak kepada guru terbabit sebagai balasan seperti mana anaknya diperlakukan.

Mahu Ikut Hukum Qisas

Menurut saksi kejadian, bapa kepada pelajar yang rambutnya dipotong telah menengking guru tersebut dan menyatakan hasrat untuk mengikut hukum qisas dengan menggunting rambut anak guru itu. Namun, saksi yang juga seorang penyanyi nasyid itu mendedahkan bahawa potongan rambut yang dilakukan oleh bapa pelajar berkenaan jauh lebih teruk daripada potongan yang dilakukan oleh guru terbabit.

Seorang pengguna Facebook yang mengaku sebagai saksi kejadian tersebut menyatakan bahawa bapa pelajar berkenaan bertindak sendiri tanpa membenarkan sesiapa pun campur tangan. Saksi tersebut juga menambah bahawa dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana bapa pelajar itu mahu mengadili dan melaksanakan hukuman tersebut sendiri.

Difahamkan, guru tersebut dan ahli keluarganya kini menghadapi kesan daripada kejadian ini, yang turut menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan komuniti sekolah.

Netizen Gesa Guru Buat Laporan

Meninjau ke ruangan komen dalam perkongsian Mohd Fadli Salleh di laman Facebook, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut dan terkilan terhadap tindakan bapa pelajar yang rambutnya dipotong oleh guru. Niat baik guru untuk mendidik disiplin dijawab dengan respons yang tidak bermoral dari bapa pelajar tersebut, yang akhirnya melibatkan keluarga guru terbabit.

Kredit: Facebook Mohd Fadli Salleh

 

[fbcomments]