Seperti yang netizen tahu, isu abang baju merah dari Cameron Highland ini adalah satu isu yang hangat diperkatakan pada beberapa minggu yang lepas. Isu ini telah melibatkan pihak polis apabila abang baju merah yang bernama Mohammad Zaim Faiz Tarmizi telah melakukan keganasan fizikal dengan menunjal kepala seorang wanita, dan telah menampar dua orang pekerja restoran.
Akibat daripada kelakuannya itu, beliau ditahan polis dan dijatuhkan hukuman penjara selama tujuh hari kerana mengaku bersalah atas perbuatan tersebut.
Minta Maaf Atas Kelakuan Menunjal Kepala Orang
“Pertama sekali, saya mahu meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia sebab kelakuan saya terhadap seorang wanita kerana menunjal dahi yang berlaku di Jalan Tapah, Cameron Highland”, jelasnya. Beliau telah membuat permohonan secara terbuka dimana video yang dimuat naik melalui akaun TikTok @Shahdan telah meraih perhatian netizen semula.
Beliau tampil memohon maaf dan menjelaskan perkara sebenar bersama isterinya yang sarat mengandung.
Wanita Yang Ditunjal Itu Yang Memotong Secara Melulu
Berdasarkan penjelasan beliau, ketika dalam perjalanan untuk pulang ke Shah Alam iaitu di Jalan Tapah, trafik sedang sesak. Dan secara tiba-tiba ketika di selekoh tajam, kereta perempuan terbabit cuba memotong secara melulu sehingga kereta beliau hampir masuk kedalam gaung.
Beliau bernasib baik kerana tidak menekan brek kerana jika beliau berbuat demikian, keretanya akan masuk ke dalam gaung tersebut.
Risau Keselamatan Isteri Dan Anak Punca Beliau Tidak Dapat Menahan Marah
Menurut Zaim lagi, punca beliau tidak dapat menahan marah adalah disebabkan perut isterinya yang sedang sarat mengandung telah terkena seat hadapan, dan keadaan anak-anaknya di belakang sudah berkecelaruan. Tambahnya lagi, beliau menjadi semakin marah apabila perempuan terbabit menjawab sehingga dia bertindak menunjal kepala tersebut.
Zaim menjelaskan bahawa beliau sudah bercakap secara baik, namun beliau diserang bertubi-tubi secara kasar sehingga mencetuskan kemarahannya itu telah membuat beliau bertindak sedemikian.
Akhirnya, beliau memaklumkan bahawa beliau telah mempelajari banyak benda sepanjang beliau direman di penjara. Beliau juga menegaskan bahawa beliau berkemungkinan akan membuat laporan polis terhadap perempuan tersebut atas tindakannya yang memandu secara melulu.
Kredit: TikTok Shahdan