Hasrat seorang wanita untuk kelihatan cantik bertukar tragedi apabila dia meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan proses sedut lemak di pusat kecantikan di sebuah pusat beli-belah di Cheras.
Begitulah yang terjadi kepada seorang gadis berusia 23 tahun yang disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan proses menyedut lemak di salah sebuah pusat kecantikan di Cheras, Kuala Lumpur.
Sedut lemak, persediaan sebelum kahwin
Difahamkan mangsa yang berusia 23 tahun itu melakukan prosedur sedut lemak sebagai persediaan untuk melangsungkan perkahwinan dengan kekasihnya, warga Afrika Selatan pada tahun hadapan.
Pusat kecantikan tidak mempunyai kepakaran
Siasatan awal mendapati pusat kecantikan itu berdaftar secara sah, namun tidak mempunyai kepakaran untuk melakukan proses sedut lemak.
Namun, pusat kecantikan yang dimiliki seorang wanita dan anak perempuannya itu tetap meneruskan prosedur sedut lemak berkenaan selepas dikatakan menerima desakan daripada mangsa.
Kesukaran bernafas & muka pucat
Menurut kenyataan beberapa akhbar, ketika mangsa menerima suntikan pada tangannya, mangsa telah mengalami masalah kesukaran bernafas selain muka dan badannya menjadi pucat sebelum pengsan.
Pihak pusat kecantikan itu kemudian menghubungi ambulans dan mangsa dikejarkan ke hospital, namun disahkan meninggal dunia.
Susulan itu, kami menahan dua beranak berkenaan yang masing-masing berusia 49 dan 23 tahun bagi membantu siasatan.
Semoga kisah ini menjadi contoh dan teladan kepada kita semua. Orang ramai dinasihatkan supaya menerima rawatan dengan pusat yang bertauliah.