fbpx

Balu Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah meluahkan rasa syukur apabila keputusan rayuan mahkamah berhubung bayaran ganti rugi saman fitnah memihak kepadanya.

Hidayah atau Siti Nor Hidayah Mohd Ali, 31 telah membuat hantaran di Instagram pada petang Rabu, yang menunjukkan dirinya di hadapan perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Dalam hantaran tersebut juga, dia meminta adik iparnya, Ali Puteh untuk patuh dengan perintah mahkamah.

“Alhamdulillah syukur pada Allah, keputusan rayuan mahkamah telah diputuskan, juga telah memihak kepada Hidayah.

“Semoga pihak disana tidak melengah-lengahkan lagi segala urusan pembayaran mengikut perintah Mahkmah yang telah ditetapkan,” kongsinya.

Hidayah juga sempat berterima kasih kepada pihak yang mendoakan dia dan keluarga.

“Semoga Dayah dan Hamzah boleh meneruskan kehidupan yang lebih baik dan sempurna selepas ini. Aamin”

“Terima kasih semua yang mendoakan Hidayah dan Hamzah,” katanya.

Terdahulu, Mahkamah Seksyen menolak rayuan Ali Puteh berhubung bayaran ganti rugi saman fitnah berjumlah RM 60, 000 terhadap Norhidayah.

Norhidayah telah memfailkan saman kepada pelawak itu atas sebab menuduh dirinya mengambil harta Abam dan harta anak yatim.

Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar yang juga abang Ali Puteh meninggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas.

[fbcomments]