Memang telah menjadi kebiasaan orang ramai mengecas telefon bimbit sambil bermain telefon. Pengecas pula terletak berdekatan katil untuk memberi keselesaan bermain telefon sambil berehat. Sebenarnya, perkara ini agak merbahaya!

Kejadian di negara Thailand baru-baru ini, seorang lelaki berusia 28 tahun maut sambil tangannya memegang telefon yang sedang dicas.

Siasatan polis memaklumkan punca kematian tersebut adalah kerana terkena renjatan elektik kerana tangannya yang sedang memegang telefon tersebut didapati melecur.

“Tangan kanan mangsa pada ketika itu sedang memegang telefon bimbit yang sedang dicas dan tersambung pada kabel yang terletak di dinding bilik.

“Dipercayai, sambungan kabel berkenaan rosak sehingga mengakibatkan litar pintas dan dia terkena renjatan elektrik semasa sedang bermain telefon”, kata pihak polis.

Kematiannya itu hanya disedari oleh abangnya selepas dia masuk ke bilik lelaki tersebut.

Mayat lelaki tersebut dipercayai telah dihantar ke Institut Perubatan Forensik untuk dibedah siasat.

Sumber: Syok

[fbcomments]