Industri hiburan tanah air bakal menyaksikan satu lagi momen bersejarah apabila pasangan selebriti popular, Fattah Amin dan Amira Othman bakal melangkah ke alam rumah tangga pada 14 September ini.

Lebih menarik, majlis akad nikah mereka akan disiarkan secara langsung pada Ahad bermula jam 8 malam, memberi peluang kepada peminat untuk turut merasai detik istimewa tersebut.

Fattah Amin & Amira Othman Bernikah 14 September, Majlis Disiarkan Secara Langsung

Fattah, 35, berkata siaran langsung itu adalah hadiah buat peminat yang sentiasa menyokong perjalanan kariernya, manakala Amira pula berharap majlis pernikahan mereka berjalan lancar dan dipermudahkan.

“Seluruh rakyat Malaysia boleh menonton secara percuma. Persiapan kini sedang dilakukan dan kami berharap segalanya dipermudahkan,” katanya.

Siaran majlis boleh diikuti menerusi aplikasi Unifi TV 2.0 di Saluran Inspirasi (118). Selain itu, peminat turut berpeluang menonton dokumentari khas 10 episod berjudul Setulus Takdir: Fattah Amira yang sudah mula ditayangkan sejak 8 September lalu, menyingkap perjalanan cinta pasangan ini sejak perkenalan sehingga menuju ke gerbang perkahwinan.

Terdahulu, Fattah mengejutkan peminat apabila membuat lamaran terbuka kepada Amira dalam sebuah majlis pelancaran lagu baharu adiknya, Irfan Haris berjudul Rasa & Takdir. Momen penuh emosi itu sekali gus mengesahkan spekulasi mengenai hubungan mereka sebelum ini.

Kredit: mStar

 

[fbcomments]