Alhamdulillah nampaknya kerajaan Arab Saudi telah membenarkan pembukaan masjidil Haram untuk kegunaan solat Jumaat kepada penduduk dengan mengikut syarat yang ditetapkan bagi membendung wabak Covid-19.

Menurut Kementerian Dalam Negeri, fasa pertama akan bermula pada 31 Mei 2020 dan prosedur kelaur masuk Makkah dibenarkan hanya dari pukul 6 pagi hingga 3 petang sahaja.

Sementara itu, untuk fasa kedua akan bermula pada 21 Jun iaitu penduduk dibenarkan berada di tempat awam sekitar jam 6 pagi hingga 8 malam.

Semua aktiviti perniagaan, pergerakan bebas antara wilayah termasuklah pusat membeli belah dibenarkan untuk dibuka kecuali perniagaan gunting rambut masih tidak boleh dijalankan.

Selain itu, perhimpunan sosial lebih daripada 50 orang masih lagi dilarang termasuklah majlis perkahwinan dan pengebumian.

Para jemaah seluruh dunia yang akan menziarahi dan mengerjakan umrah di Kota Makkah masih belum ada kata putus daripada kerajaan dan akan terus ditangguhkan sehingga diberitahu kelak.

[fbcomments]