Baru-baru ini tersebar satu video memaparkan seorang warga emas yang dilarang daripada memasuki sebuah pusat membeli-belah.
Menurut seorang wanita yang dikenali sebagai Fida Rosly, pakcik tua tersebut tinggal sendirian dan dia sanggup menaiki bas seorang diri untuk ke sana demi ingin menjamah makanan di restoran kegemarannya.
Tidak sampai hati melihat keadaan warga emas itu, Fida berbincang dengan pengawal keselamatan yang bertugas di kawasan itu. Namun, lebih mengejutkan apabila alasan diberikan agak tidak munasabah.
Pak guard tak bagi masuk sebab takut ‘jatuh’
Menurut wanita tersebut, warga emas berkenaan dilarang masuk hanya kerana tiada yang memantau dan dikhuatiri menyebabkan kesukaran jika berlaku sebarang perkara tidak diingini terhadap dirinya.
Hmm macam pelik je alasan pengawal keselamatan tu. Namun akhirnya pak cik tua tersebut dibenarkan masuk ke dalam mall.