Nama Sepah bukan calang-calang untuk dipertikaikan kerana nama ini mempunyai keunikan yang membawa tuah kepada setiap ahli kumpulan. Salah satu ahli Sepah iaitu Mamat tetap dengan pendiriannya untuk mengekalkan nama pentasnya sebagai ‘Mamat Sepah’.
Nama Sepah Bawa Tuah
Menurut sumber yang dipetik dari OhBulan!, nama Sepah telah membawa tuah dan mengubah hidupnya terutama dalam industri seni. “Untuk menukar nama itu tidak mungkin, sebab Sepah itu nama yang luck untuk saya sendiri. Jadi saya tetap akan kekal dengan nama Mamat Sepah sebab orang kenal saya dari dulu dengan itu”, ujarnya.
“Lagipun pertandingan Mega Spontan yang saya sertai ini hanya satu program. Tapi kalau orang nak panggil saya apa-apa saya pun okay. Apa-apa pun saya tetap dengan pendirian tidak akan menukar. Itu yang nama pertama yang saya dapar ketika masuk indsutri, jadi saya akan kekal dengan nama itu”, tambahnya lagi.
Banyak Kenangan Manis
Mamat turut menyatakan bahawa beliau menganggap nama Sepah yang dicipta untuk kumpulannya dahulu bersama sahabat pelawak, Jep dan Shuib telah membawa banyak kenangan manis. “Nama Sepah itu memberi kenangan yang manis untuk saya walaupun ada pahitnya. Tapi walaupun hanya Sepah, dia akan manis sampai bila-bila. Nama itu yang saya cipta untuk kumpulan saya”, jelasnya.
Beliau turut menyatakan bahawa dia berjaya dengan nama itu, tidak kira dipentas atau di media sosial beliau akan setia dengan nama Sepah.
Pernah Terfikir Untuk Buang Nama Sepah
Namun begitu, pada 12 tahun yang lalu Mamat pernah terlintas untuk membuang nama Sepah dari hidupnya. “Masa berpecah itu ada la terfikir nak tukar tapi 12 tahun lepas. Tapi buat apa, sia-sia saja. Kawan saya pun cakap tak payah sebab dah memang nama saya. Lagipun ada nama Sepahtu, jadi saya tak menganggu pun nama Sepah”, jelasnya kepada media.
Kredit: OhBulan!