Setiap orang ada kemahuan dan kehendak masing-masing bila masuknya dalam bab rezeki dan pengumpulan duit. Baru-baru ini tular di laman TikTok berkenaan seorang lelaki berjaya merakam seorang guard warga asing yang berbekalkan RM 5 dengan membeli nasi dan kuah sahaja sebagai santapan. Ia lebih menyayat hati apabila RM 5 itu tidak mampu untuk beliau membeli lauk-pauk yang terhidang di hadapannya. Sebaliknya hanya memilih kuah untuk dimakan bersama.

@bang.jad

Kalau korang nampak apa korang buat ? 😭#kongsirezeki

♬ original sound – Bang jad – Bang jad

“RM 5 Dapat Apa Je?”

Menurut perkongsian yang dimuat naik oleh @Bangjad di laman TikTok, beliau berhasrat untuk membelanjakan pak guard tersebut untuk ambil apa jua lauk yang dia mahukan. “Tergerak hati nak tolong guard ni, betul-betul ada RM 5 je”, ujar beliau melihat guard tersebut mengeluarkan tepat-tepat duit berjumlah RM5.

You simpan je duit, I belanja”, kata bangjad yang berkesempatan belanja lauk campur dan beberapa ketul ayam goreng.

Terharu Lihat Orang Yang Berhati Baik

Selepas mendapat bungkusan makanan, kelihatan guard tersebut tersenyum lebar sambil melambai kecil kearah pemuda berkenaan tanda isyarat terima kasih.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan kesejahteraan agar beliau dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusannya atas jasa dan kebaikan yang beliau pamerkan.

Kredit: TikTok Bang Jad

[fbcomments]