fbpx

Seorang wanita berusia 25 tahun di Terengganu disahkan meninggal dunia selepas 10 hari bertarung nyawa akibat keracunan puding buih yang telah dibeli secara dalam talian pada 22 Mei lalu.

Kematian merupakan kes pertama

Nur Amira Fatihah Abdull Aziz yang berasal dari Kampung Sungai Kerak 2, Marang menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Terdahulu, dalam kejadian itu, seramai 99 mangsa dikejarkan ke HSNZ apabila mengalami muntah dan cirit-birit selepas menikmati puding buih yang dibeli secara dalam talian.

Menurut Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Dr Alias Razak berkata, kematian ini merupakan kes pertama yang terjadi disebabkan keracunan puding buih.

Berpunca daripada telur tamat tempoh

Difahamkan, ianya berpunca daripada telur tamat tempoh yang digunakan oleh pengusaha untuk mengadun makanan tersebut.

Tindakan kepada peniaga juga sudah diambil. Cuma nasihat saya kepada peniaga makanan di seluruh negara supaya menitik berat aspek kesihatan, terutama pemeriksaan kesihatan dan sebagainya. Mesti bersih bagi memastikan tidak ada apa-apa penyakit.

Mohon sedekahkan Al-Fatihah buat miera…11hari bertarung nyawa dalam icu akibat keracunan PUDING BUIH VIRAL(Rm17…

Posted by Wan Emilia on Selasa, 2 Jun 2020
[fbcomments]