fbpx

Baru-baru ini isu yang melibatkan anak kepada pelakon Gerak Khas, iaitu Marissa Dania Norman Hakim yang didakwa mengacau rumah tangga orang adalah benar. Kontroversi hangat yang menjadi bualan sejak semalam telah membuatkan Marissa tampil di media sosial untuk memberi penjelasan.

Saya Mengaku Saya Bersalah

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Marissa di platform Instagram miliknya, beliau yang berusia 18 tahun itu telah akui kesilapannya dan mengakui dirinya bersalah mengenai perkara yang tular di media sosial sejak semalam. Namun, Marissa juga menegaskan bahawa tidak semua perkara yang diperkatakan oleh Misya, iaitu mangsa keadaan adalah benar.

“Saya mengaku, saya bersalah. Apa yang diviralkan dan dikatakan ada yang benar, saya mengaku dan ada juga yang tidak benar. Tapi saya di sini bukanlah mahu mempertahankan diri dengan mengatakan saya tidak bersalah dalam sesetengah kenyataan berbangkit. Ia sama sekali tidak adil untuk kamu mendengar dari sebelah pihak disebabkan cerita yang diberitahu kerana bukan 100 peratus adalah benar.

“Tapi, saya tidak perlu untuk meyakinkan dan memuaskan hati semua pihak. Saya tidak mampu untuk menutup mulut semua orang. Jadi, jaga mulut kalau rasa nak berkata-kata. Jangan sampai jatuh fitnah atau menghina orang lain”, tulisnya.

Jangan Libatkan Ibu Bapa Saya

Menurut perkongsian Marissa lagi, semua perkara yang berlaku adalah atas perbuatannya sendiri dan beliau bertanggungjawab bagi menyelesaikan masalah ini tanpa melibatkan kedua ibu bapanya. “Pertama sekali, semuanya yang berlaku adalah atas tanggungjawab saya sendiri sendiri. Ibu bapa saya telah memberikan yang terbaik.

“Beri pendidikan secukupnya, menegur saya, melarang saya daripada daripada melakukan itu ini dan semuanya yang berlaku adalah atas pilihan saya sendiri. Biar selesaikan masalah sendiri dan bukannya ibu bapa”, jelas Marissa.

Dah Tiada Kaitan Dengan Pihak Sana

Tambah Marissa, beliau sudah tidak mempunyai kaitan dengan pihak yang menularkan kontroversi tersebut selain mengatakan urusan peribadinya dan lelaki bernama Aslam hanya mereka berdua sahaja yang mengetahui.

“Dan antara saya dan Aslam pula, mungkin banyak andaian terhadap kami, tetapi cukuplah saya dan Aslam sahaja yang tahu apa yang tahu apa yang sebenar benarnya terjadi antara kami. Daripada bermulanya ini sehingga ianya berakhir. Saya bersalah dan saya mengaku. Dan tujuan hantaran ini dibuat adalah untuk memaklumkan saya tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi untuk mempertahankan diri atau memuaskan hati mana-mana pihak”, katanya.

Nafi Rai Kes Penceraian Aslam Dan Misya

Susulan itu, Marissa turut menafikan beliau dan Aslam tidak meraikan sebarang majlis berhubung hantaran tular dengan mengatakan mereka berdua meraikan sesuatu selepas Aslam keluar dari mahkamah.

Kredit: Instagram marissadania

[fbcomments]