fbpx

Masjid Muhammad Al Amin yang terletak di Gaza, Palestin yang turut dibina oleh badan bukan kerajaan (NGO) Muslim Care Malaysia (MCM) telah dilaporkan musnah baru-baru ini akibat serangan bom yang dikenakan oleh tentera Israel pada Sabtu lalu.

Masjid Yang Dibina Sejak 2013 Musnah Dibom Israel

Berdasarkan sumber yang dipetik dari Utusan Malaysia, difahamkan masjid tersebut dibangunkan hasil daripada dana sumbangan rakyat Malaysia pada penghujung tahun 2013.

“Penghujung tahun 2013, Muslim Care Malaysia mencipta sejarah apabila berjaya membina sebuah masjid luas dan cantik untuk rakyat Palestin. Malangnya semua hasil usaha dan sumbangan rakyat Malaysia, Masjid Muhammad Al Amin ini musnah keseluruhannya dan tidak lagi boleh digunakan”, jelas NGO Muslim Care Malaysia Society dalam satu hantaran di Facebook yang berkongsikan beberapa keping gambar terkini keadaan Masjid Muhammad Al Amin yang kini rebah menyembah bumi.

Walaupun Masjid Sudah Hancur Namun Semangat Jihad Islam Takkan Pernah Hilang

“Sebagaimana kuatnya jiwa pejuang saudara kita di Palestin, begitu jugalah teguhnya hati-hati kita semua akan bersatu. Lebih banyak bantuan dan dana akan kita salurkan sebagai tanda sokongan kita kepada saudara kita di Palestin. Tembakan doa dan munajat antara yang juga sedang sangat diperlukan. Teruskan berdoa dan bermunajat. Semoga kemenangan besar untuk Islam. Inya-Allah”, jelas MCM yang menyatakan walaupun keadaan masjid tersebut kini sudah hancur namun semangat jihad orang Islam tidak akan pernah pudar.

Info tambahan, setakat ini lebih 300 rakyat Palestin disahkan maut manakala ribuan lagi tercedera dalam serangan rejim Zionis.

Kredit: Utusan Malaysia, Facebook Muslim Care Malaysia Society

[fbcomments]