fbpx

Semalam terjadinya satu kejadian yang melibatkan puluhan jemaah yang sedang solat Asar di masjid, dipercayai berlaku di negara Nigeria telah ditimpa musibah apabila masjid yang mereka duduki ketika itu runtuh secara tiba-tiba.

10 Maut, 30 Cedera

Berdasarkan sumber yang dilihat dari Mstar, sekurang-kurangnya 10 individu dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala 30 jemaah yang lain mengalami kecederaan. Kesemua mangsa kini sedang menerima rawatan akibat dihempap runtuhan Masjid Pusat Zaria, Kaduna, Nigeria.

Gambar Hiasan

Kejadia Berlaku Ketika Sujud Solat Asar

Menurut sumber lagi, Mallam Shehu Nagari yang merupakan salah seorang jemaah terselamat dari bencana itu menceritakan kejadian tersebut berlaku sewaktu mereka sedang sujud ketika menunaikan solat Asar. Difahamkan, sebahagian daripada binaan masjid runtuh secara tiba-tiba sekaligus menimpa mereka yang berada di ruangan terbabit.

“Kami hanya mendengar bunyi yang kuat dan melihat sebahagian masjid runtuh menimpa beberapa jemaah. Keseluruhan persekitaran dipenuhi debu”, katanya.

Kredit: Mstar

[fbcomments]