Aksi mat rempit di jalanan mahupun di lebuhraya kini sudah menjadi tradisi mereka untuk membuat aksi yang membahayakan. Menurut laporan Buletin TV3, satu tragedi telah terjadi di Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) yang melibatkan sekumpulan mat rempit melakukan pelbagai aksi berbahaya ketika menunggang motosikal dan telah membawa padah apabila mereka ini terlibat dalam kemalangan malam tadi, sehingga meragut satu nyawa.

Melakukan Aksi Superman Sampai Kemalangan
Berdasarkan video yang dimuatnaik oleh media Buletin TV3 di laman Twitter, sekumpulan mat rempit terbabit mula melakukan aksi berbahaya sejak jam 10 malam tadi. Kegiatan mereka dapat dirakam oleh papan pemuka kereta yang melalui lebuhraya tersebut.
Tindakan kesemua mat rempit terbabit yang menunggang secara bahaya telah menyebabkan 10 motosikal terlibat dalam kemalangan.

9 Cedera, 1 Maut
Menurut Buletin TV3, mereka memaklumkan bahawa terdapat seorang individu yang maut manakala sembilan lagi mengalami kecederaan.
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai dijangka mengeluarkan kenyataan media berhubung insiden itu.
Kredit: Buletin TV3