fbpx

Satu penemuan mengejutkan berlaku di Taman Sri Rokam pada Rabu semalam apabila mayat bayi, yang jantinanya belum dikenal pasti dijumpai tertanam di kawasan parkir bersimen sebuah rumah.

Mayat Bayi Dijumpai Disimen

Difahamkan, penemuan tersebut berlaku semasa seorang lelaki sedang melakukan kerja baik pulih di rumah yang hendak disewanya.

Kira-kira pukul 11 pagi semalam, lelaki tersebut menggali tanah di kawasan parkir untuk menyiapkan campuran simen bagi penyimenan semula lantai. Ketika menggali, dia menemui cebisan kain sarung yang mencurigakan. Setelah menarik kain tersebut, dia terkejut mendapati mayat bayi tertutup di sebalik kain itu.

Lelaki itu segera melaporkan penemuan tersebut kepada pihak berkuasa di Balai Polis Kampung Rapat sekitar pukul 12 tengah hari.

Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan terperinci untuk mengenal pasti identiti bayi dan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai keadaan serta punca kematian bayi tersebut.

Kredit: Buletin TV3

[fbcomments]