Seorang bayi lelaki dilaporkan maut dan mayatnya ditemui di dalam tangki pam tandas perempuan di Masjid Kampung Pasir Simpul pada jam 7 malam tadi.
Mayat Bayi Dijumpai Dalam Tangki Pam Tandas
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Pasir Simpul iaitu Muhammad Mustaffa, beliau memaklumkan bahawa penemuan mayat bayi berkenaan telah ditemukan oleh seorang tukang kebun masjid yang bernama Junaidi Sulaiman.
Kata tukang kebun tersebut, dia terhidu satu bau busuk ketika mencuci tandas yang tersumbat. Junaidi kemudiannya mencungkil takung pam air di tandas berkenaan sebelum terkeluar tangan dari dalam takungan pam.
“Terkejut dengan penemuan itu, Junaidi kemudian menghubungi saya dan pengerusi masjid sebelum menghubungi polis,” ujarnya.
Sudah Meninggal Lebih 24 Jam
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Zainul Mujahidin Mat Yudin memaklumkan bahawa hasil siasatan polis mendapati bayi yang dijumpai itu cukup sifat dan telah mereput. Keputusan dari bedah siasat mendapati bayi lelaki itu sudah meninggal dunia melebihi 24 jam.
Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan dan suspek masih giat dikesan.
Kredit: Harian Metro