Seorang pelajar lelaki ditemukan terapung selepas dipercayai lemas di tasik Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) di Kota Samarahan, Sarawak pada Sabtu.

Mayat Terapung Di Tasik Kampus UNIMAS

Mangsa yang dikenali sebagai Zoolfazairy Zaharen, 20, ditemukan dalam keadaan terapung berdekatan Jambatan Cinta yang merentangi tasik berkenaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan bahawa, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mayat itu pada jam 8.32 pagi.

Difahamkan, seramai tujuh pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan diarah ke lokasi sejurus menerima panggilan tersebut.

“Setibanya di lokasi didapati benar ada seorang mangsa terapung berada dalam tasik itu.

“Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang turut berada di tempat kejadian kemudiannya mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia,” katanya.

Mayat pelajar berkenaan kemudiannya diserahkan kepada pihak polis sebelum dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS).

Kredit: Kosmo!

[fbcomments]