Seorang wanita tidak berpakaian yang dilihat berjalan seorang diri di Tasik Pandan Lake View, Pandan Perdana ditemukan maut akibat lemas dalam kejadian pada Ahad semalam.
Lemas Dalam Tasik Dalam Keadaan Tidak Berpakaian
Menurut sumber yang dilihat dari Harian Metro, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya iaitu Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail memaklumkan bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian dari orang awam pada jam 8.13 pagi semalam. Kata saksi kejadian yang berada di kawasan tasik berkenaam, mangsa dikatakan berada dalam keadaan tidak berpakaian telah masuk ke dalam tasik dan dipercayai lemas.
“”Mangsa dipercayai seorang wanita yang belum dikenal pasti identitinya dan mempunyai tanda suntikan BCG (bacille Calmette-Guerin) di bahu kiri. Mangsa kemudiannya di hantar ke bahagian Forensik Hospital Ampang untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian,” jelasnya.
Kemurungan Dipercayai Jadi Punca Mangsa Lemas Di Tasik
Terbaharu, identiti mangsa telah dapat dikenal pasti, dimana mangsa adalah wanita tempatan berusia 53 tahun. Difahamkan kejadian dipercayai berlaku akibat mangsa mengalami kemurungan.
“Identiti mangsa sudah dikenal pasti selepas bedah siasat dijalankan di Hospital Ampang mengesahkan punca kematian adalah akibat lemas. Punca kejadian dipercayai mangsa mengalami kemurungan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kredit: Harian Metro