fbpx

Padah mengisi minyak ketika enjin dihidupkan, seorang lelaki melecur pada tangan dan kaki selepas di sambar api dalam satu kejadian di sebuah stesen minyak di Seri Kembangan semalam.

Mangsa, Gan Shuh Long berumur 31 tahun turut terbakar di beberapa bahagian muka, tangan dan kaki.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata, pasukannya bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.11 malam.

Sejurus tiba, anggota penyelamat mendapati kereta jenis Audi terbakar 10 peratus di bahagian pintu belakang dan permukaan bahagian hadapan pam di stesen minyak itu turut terbakar 30 peratus.

Mangsa yang melecur itu dihantar ke Hospital Serdang bagi mendapatkan rawatan lanjut.

[fbcomments]