Beberapa hari lepas heboh di media sosial berkenaan dengan seorang lelaki yang menuduh seorang rider Grabfood mencuri air Starbucks yang dipesannya. Tweet lelaki tersebut mendapat kecaman dari orang ramai yang mana menuduh melulu tanpa membuat pemeriksaan terlebih dahulu.
Tugas rider hanya ambil dan hantar
Namun, akaun rasmi Grab Malaysia terus memberi respon di tweet tersebut dan menjawab setiap bungkusan yang ditempah akan terus dibungkus. Tugas rider cuma datang ambil pesanan dan terus hantar ke pelanggan. Isu rider ambil minuman tidak mungkin berlaku kerana mereka tidak dibenarkan untuk membuka sebarang bungkusan pelanggan.
Pengguna ini juga mendakwa beliau sepatutnya menerima 3 cawan minuman dan yang sampai kepadanya hanya dua cawan.
Namun dalam gambar yang dikongsi olehnya itu, bilangan cup holder ada dalam beg berkenaan adalah untuk dua bekas. Jadi masalah ini adalah sebenarnya berpunca daripada pihak Starbucks AEON Shah Alam yang mungkin terlepas pandang membaca pesanan dengan betul.
Ekoran itu, netizen tidak bersetuju dengan tindakan lelaki ini yang menularkan dakwaan tidak berasas kepada rider. Malah ramai yang berpihak kepada rider.
Digantung kerja
Terbaharu, lelaki yang bernama Ezrin Nazan ini dilaporkan sudah digantung kerja secara serta merta oleh pihak majikannya iaitu Bateriku.com.
Pihak syarikat tersebut turut menyatakan mereka tidak akan bertolak ansur dengan sebarang perilaku tidak sopan sama ada di dalam atau di luar organisasi Bateriku.
Kenyataan tersebut telah mendapat perhatian dan perkongsian yang ramai oleh warganet. Malah mereka juga bersetuju dengan langkah yang dibuat oleh Bateriku.com ini.
Memohon maaf
Terkini, pemuda berkenaan telah membuat permohonan maaf secara terbuka di laman YouTube miliknya. Menerusi video tersebut, dia akui memang salah dia kerana menuduh rider Grabfood, sedangkan kesilapan tersebut adalah salah faham dari pihak Starbucks, yang mana terlepas pandang ketika menyediakan pesanan berkenaan.
Beliau turut memohon maaf kepada rider yang terkesan. Dia nyatakan, perkara ini memang silap pada diri dia sendiri kerana tweet seperti itu.