Baru-baru ini tular di laman media sosial berkenaan seorang wanita yang dilihat meneguk air haram berjenama somersby dan beliau mendapat kecaman hebat dari netizen.
Air tersebut mempunyai kandungan alkohol sebanyak 4.5 peratus dimana ada juga segelintir pihak yang mengatakan air tersebut tidak terlalu kuat untuk dijadikan air yang boleh memabukkan, tetapi ia tetap haram disisi Islam.
Dah Tahu Haram Tapi Tetap Minum
“Ye haram, akak tahu dik..akak tahu. Terima kasih untuk nasihat tu ya”, kata wanita itu yang kelihatan berkhayal dan bagaikan tidak sedarkan diri.
Menerusi video tersebut, ia memaparkan wanita itu meneguk minuman yang dikatakan Apple Cider yang turut dipercayai mengandungi alkohol dengan jumlah yang rendah. Namun ianya tetap diklasifikasikan sebagai minuman tidak halal.
Kemalangan Semasa Buat Live Di TikTok
“Oh sh**, jap eh guys I accident guys. Jap eh”, jelas wanita yang dikenali sebagai @nur666 di laman TikTok ketika membuat live. Beliau yang juga dikatakan sedang berada dalam keadaan yang tidak begitu sihat turut mengakui sedang berdepan dengan masalah lain.
“Saya dah macam mental breakdown“, ujarnya dalam video yang dimuatnaik di laman Twitter @mynewshub tetapi tidak memberitahu secara mendalam tentang masalah apa yang sedang dihadapi olehnya.
Reaksi Netizen
Majoriti warganet yang melihat live tersebut mahupun yang meninggalkan komen di hantaran itu mempersoalkan tindakan wanita berkenaan yang tanpa ada rasa segan silu dengan kelakuan yang diperlakukan.



Kredit: TikTok xtraajose