Selepas lebih empat dekad memendam perasaan dalam rumah tangga yang penuh liku, seorang wanita akhirnya mampu menarik nafas lega apabila sah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Besut, Terengganu baru-baru ini.

Link di bawah:

https://vt.tiktok.com/ZSrmvqTua/

Menghilang Sejak 2016, Suami Muncul Semula Bersama Isteri Kedua Di Mahkamah Syariah Untuk Urusan Cerai

Perjalanan hidup wanita berkenaan dikongsikan oleh anaknya, Eyqa, menerusi satu video di TikTok. Menurutnya, perkahwinan ibu dan bapanya bermula pada tahun 1985, namun sejak tahun 2016, ayahnya mula menghilangkan diri dan meninggalkan ibu mereka dalam keadaan tergantung.

Lelaki itu kemudiannya muncul kembali pada 2022, namun hanya seketika sebelum kembali lesap pada tahun berikutnya. Setelah bertahun-tahun menanti kepastian, kemelut itu akhirnya berakhir apabila penceraian mereka disahkan secara rasmi pada 2025.

Eyqa dan adik-beradik lain turut hadir menemani ibu mereka pada hari prosiding, tanda sokongan penuh terhadap wanita yang sudah lama memendam derita. Di mahkamah, lelaki itu hadir ditemani seorang wanita yang dipercayai isteri keduanya.

Menurut Eyqa, wanita tersebut pernah menjadi punca tekanan emosi kepada ibunya sehingga memaksa ibunya mendapatkan rawatan psikiatri akibat gangguan yang berpanjangan.

Walau apa pun yang berlaku, Eyqa menegaskan dia dan keluarga tetap akan berada di sisi ibu mereka. Dalam hantarannya, Eyqa turut menitipkan pesanan agar orang ramai tidak mudah menghukum ibu bapa yang seolah-olah dipinggirkan anak-anak, kerana tidak semua tahu kisah sebenar di sebalik penderitaan mereka.

Kredit: TikTok eyqaatiqahaznan

 

 

[fbcomments]