Kehadiran cahaya mata adalah satu perkara yang amat dinantikan bagi setiap pasangan yang berkahwin. Ini adalah saat yang paling membahagiakan bagi mana-mana pasangan.
Namun siapa sangka disebalik kebahagian tersebut, bermulanya kisah duka buat pasangan ini sehingga menyebabkan si suami kehilangan isteri tercinta.
Memetik perkongsian pihak pengurusan jenazah, Mr Wan Cai Official, arwah meninggal dunia selepas enam hari berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Dijangkiti kuman
Pada 6 Ogos (Khamis), seorang ibu muda telah berjaya melahirkan anak pertamanya. Sehari selepas bersalin iaitu pada hari jumaat arwah berada di dalam keadaan normal seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Tetapi pada hari Sabtu iaitu 8 Ogos, kesihatan arwah tiba-tiba merosot menyebabkan doktor melakukan pembedahan kerana doktor mendapati arwah telah dijangkiti kuman.
Diserang sawan lepas pembedahan
Pembedahan telah dilakukan oleh pihak doktor terhadap arwah pada 1.30 petang bagi menyelamatkan nyawanya.
Namun pada jam 9.00 malam, tiba-tiba ibu muda itu telah diserang penyakit sawan sehingga memaksa pihak doktor mengikat kaki dan tangannya.
Keputusan untuk mengikat kali serta tangan ibu muda itu terpaksa diambil kerana kerana keadaan arwah berada luar kawalan.
Hilang ingatan, 6 hari koma
Pada pukul 6.30 pagi hari Ahad, si ibu muda ini telah hilang ingatan pula sehingga tidak mengenali sesiapa.
Namun pihak doktor terpaksa memasukkan ubat antibotik dan ubat tidur bagi mengelakkan serangan sawan kembali menyerangnya.
Pada masa yang sama, doktor terpaksa buat pembedahan sekali lagi keatas arwah kerana pihak doktor mendapati telah banyak air di dalam paru-paru ibu muda itu. Arwah mengalami simptom kesukaran bernafas.
Jantung semakin lemah, otak tidak berfungsi
Malah jantungnya semakin lemah. Sehingga lah pada hari Isnin iaitu 10 Ogos arwah telah koma. Ini bermakna selama 6 hari arwah berada dalam keadaan tidak sedarkan diri atau koma. Doktor juga mendapati otak ibu muda ini sudah lagi tidak berfungsi.
Setelah 6 hari si ibu bertarung nyawa. Akhirnya arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Berakhir juga satu penderitaan. Terhenti sudah segala kesakitan. Perginya seorang isteri dan insan yang dicintai. Terputus sudah kasih sayang di antara si suami dan si isteri.
Tinggallah si suami bersama zuriat pertamanya
Si ibu juga pergi meninggalkan anak lelaki yang telah dilahirkan. Tinggal lah si suami bersama seorang zuriat. Zuriat yang masih tidak mengerti ibu yang melahirkannya ke dunia sudah tiada lagi.
Suami terpaksa meneruskan kehidupan tanpa kasih seorang isteri disisi dan bagaimana pula hendak membesarkan seorang anak yang kecil tanpa seseorang yang bergelar ibu?
Semoga Allah menjaga serta melindungi si suami serta anaknya.