fbpx

Seorang wanita warga emas ditemukan kaku dan tidak bernyawa atas sejadah dalam rumahnya yang terletak di Taman Inang, Alor Setar, Kedah pada 10 malam terakhir Ramadan, malam semalam.

Meninggal Atas Sejadah

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba II, Ahmad Naufal Abdullah memaklumkan bahawa pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tentang seorang wanita terperangkap dalam rumah yang berkunci pada pukul 8.46 malam.

Beliau berkata, pihaknya terpaksa memecahkan pintu dengan menggunakan peralatan khas dan mendapati mangsa yang bernama Munirah Rafie, 59, yang berada dalam kediamannya dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang tiba di lokasi tidak lama kemudian. Mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” jelasnya.

Selamat Dikebumikan

Sementara itu, salah seorang dari ahli keluarga terdekat mangsa memaklumkan di laman Facebook yang menggunakan nama @FuziIsmail memaklumkan bahawa mangsa tinggal di rumahnya seorang diri. Katanya, mangsa mempunyai empat orang anak dan kesemuanya menetap di Kuala Lumpur.

“Arwah adalah sepupu saya dan ada empat orang anak. Suami arwah pula sudah meninggal dunia. Jenazah mangsa juga dikebumikan di Kampung Lengkuas, Bukit Pinang, Alor Setar pada pagi Ahad. Arwah bekerja sendiri setelah kematian suami tujuh tahun lepas,” ujarnya.

Kredit: Majoriti Official

[fbcomments]