Kisah Veveonah Mosibin, gadis menjawab peperiksaan di atas pokok kerana tiada capaian internet di rumahnya  telah membuka mata banyak pihak dan pelbagai andaian.

Sejak beberapa hari ini kisahnya kembali diperkatakan susulan daripada tindakan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Datuk Zahidi Zainul Abidin mendakwa Veveonah Mosibin sekadar ingin menaiki viewernya di saluran YouTube apabila memuat naik video tersebut.

Walau bagaimanapun, Zahidi telah memohon maaf diatas keterlanjuran tersebut.

BACA : Meraih Perhatian, Pelajar Ambil Exam Atas Pokok Didakwa Menipu? Ini Kisah Sebenar

Mereka tinggal di kawasan ada khidmat internet

Terkini, Ahli Parlimen Kudat, Datuk Rahim Bakri pula mendedahkan bahawa keluarga Veveonah sebenarnya menetap di Pekan Pitas dan bukannya di Kampung Sapatalang, Pitas yang merupakan lokasi kesukaran liputan internet seperti yang dinyatakan.

Jelas Rahim yang juga Timbalan Menteri Kewangan itu, pihaknya telah menemuramah ketua-ketua kampung di sekitar rumah pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) berkenaan dan mendapati keluarga mereka sudah lama tidak tinggal di Kampung Sapatalang.

Seperti keterangan kedua dua ketua kampung, ibu-bapa pelajar ini sudah terlalu lama tidak tinggal di Kampung Sepatalang kerana bapa nya Mosibin Maraun @ Makrun adalah bekerja di KPD di pekan Pitas.

Mereka sebenarnya tinggal menetap di pekan Pitas yang ada khidmat internet.

Abang tampil jawab segala tohmahan

Abang kepada Veveonah telah mengeluarkan kenyataan di Facebooknya dengan mempertahankan adiknya berhubung isu yang sedang tular ini.

Jawab kenyataan YB Kudat

Abang beliau ini turut memberi penerangan dengan menyangkal segala yang diperkatakan oleh MP Kudat sehingga menimbulkan banyak kekeliruan.

[fbcomments]