fbpx

Baru-baru ini tular satu video yang memaparkan empat individu lelaki bersenjatakan sepucuk pistol dan berpakaian seperti pengawal keselamatan merompak sebuah kedai emas di sebuah kompleks beli belah, dalam kejadian di Plaza Metro, Kajang semalam.

Video di bawah:

https://x.com/update11111/status/1802709530947805569?s=46&t=lOtDPMyIYmtDu_EQulWeUw

Pecahkan Meja Pameran Kedai Emas Menggunakan Tukul Besi

Menerusi video yang dimuat naik oleh @update11111 di laman X, dapat dilihat kesemua penyamun terbabit telah memecahkan meja pameran kedai emas berkenaan dengan menggunakan tukul besi sebelum melarikan hasil rompakan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang iaitu Superintendan Mohd Nasir Drahman memaklumkan bahawa, kejadian yang berlaku pada jam 3.17 petang itu turut memperlihatkan suspek membawa dua pucuk pistol dan selaras senapang.

Katanya, sebelum suspek melarikan diri melalui tempat letak kenderaan di bawah pusat beli-belah berkenaan, mereka telah melepaskan satu das tembakan ke arah dinding premis.

“Kesemua suspek memakai topeng dan bersarung tangan gelap masuk ke premis di tingkat satu dan terus memecahkan cermin pameran emas menggunakan tukul besi dan mengambil barang kemas.

“Semasa kejadian suspek dipercayai membawa dua pucuk pistol dan selaras senapang serta melepaskan satu das tembakan ke arah dinding premis,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Namun, jumlah keseluruhan kerugian masih dalam siasatan dan pihak polis sedang meneliti pita rakaman kamera litar tertutup (CCTV) serta beberapa orang saksi kejadian turut dipanggil bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 3 Akta Senjatapi 1971 (Penalti Lebih Berat).

“Jika sabitkan kesalahan boleh dihukum mati walaupun tidak melibatkan kecederaan mahupun kematian.” tegasnya.

Kredit: X update11111, Buletin TV3

 

[fbcomments]