fbpx

Juara Gegar Vaganza musim ketujuh iaitu Cliff Umar meluahkan rasa kesal selepas didapati bersalah memilik dadah dan mengakui bahawa ia adalah satu pilihan yang paling buruk dalam hidupnya.

Mengaku Bersalah Miliki Dadah Jenis Heroin

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Cliff Umar atau nama sebenarnya, Abdullah Umar Joseph, beliau meluahkan rasa penyesalannya kerana memiliki dadah jenis heroin seberat 0.39 gram di tepi Jalan Persiaran Kewajipan, Subang Jaya baru-baru ini.

“Jangan ambil dadah. Tiada kebaikan yang keluar darinya… Melainkan anda mahu diaibkan dan dilayan seperti penjenayah serta terpampang di seluruh media sosial dan berita Nasional 8:00… Tuhan tahu saya menyesal,” tulisnya.

Janji Tidak Akan Kecewakan Isteri Lagi

Dalam pada itu, Cliff turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan kata-kata positif mahupun negatif  atas apa yang berlaku terhadapnya, disamping berjanji terhadap isteri bahawa dia tidak akan mengulangi perkara yang sama lagi.

“Terima kasih atas komen positif dan negatif, semuanya baik saya masih hidup dan masih disayangi bidadari Isteri saya… Saya sangat sayangkan awak, Anita…

“Terima kasih kerana datang ke dalam hidup saya kerana tidak ada satu jiwa pun yang akan buat seperti apa yang telah anda lakukan untuk saya dan TIDAK AKAN ADA SIAPA yang paling bermakna kepada saya seperti anda, Angel Anita yang tersayang.

“Saya menyayangi awak sepenuh hati saya dan saya tidak akan mengecewakan awak lagi,” luahnya di akhir kata.

Terdahulu, Cliff telah membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sasha Diana Sabtu di Mahkamah Majistret.

Cliff disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (3) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda tidak melebihi RM100,000 atau kedua-duanya.

Kredit: Instagram cliff.umar

[fbcomments]