fbpx

Kisah Siti Rohayu menjaga suami yang terlantar di katil akibat kemalangan dulu pernah mendapat perhatian rakyat Malaysia sehingga mendapat liputan meluas oleh beberapa surat khabar, majalah dan kisahnya turut dibukukan dalam ‘100 Hari Catatan Menggapai Syurga Terindah’ kerana ketabahannya manjaga suami dan anak-anak yang masih kecil.

Setelah hilang sumber pendapatan akibat suami kemalangan, dengan segala kudrat yang ada, Ayu berusaha mendalami bidang perniagaan demi meraih pendapatan buat keluarga. Malah, ketika awal kejadian dulu Ayu terpaksa menjual kereta kepunyaan suami.

Ditangkap khalwat

Namun begitu baru-baru ini heboh di media sosial apabila Siti Rohayu yang lebih mesra membahasakan diri sebagai Ayu dikatakan ditangkap khalwat bersama adik angkatnya.

Dirancang keluarga mertua

Kisah tersebut segera mendapat liputan di media sosial apabila beliau mengatakan bahawa punca disebalik kejadian tersebut adalah daripada keluarga sebelah suaminya yang ingin memisahkan mereka bagi membolot insurans suaminya itu.

Beberapa siri pendedahan telah dilakukan Ayu melalui media sosial sehingga ramai yang mengecam sikap keluarga mertuanya.

Mempergunakan suami meraih derma

Tapi hari ini kita telah dihujani dengan beberapa posting yang mendedahkan kejadian sebenar apabila seorang pengguna facebook bernama Nur Hasnah Pula Rima mendedahkan sikap sebenar Siti Rohayu.

Menurutnya Siti Rohayu hanya mempergunakan pengikut media sosialnya untuk meraih derma daripada orang ramai yang bersimpati dengannya. Melalui hasil ihsan yang diperolehinya beliau dikatakan bermewah bersama lelaki lain yang dikatakan anak angkat keluarganya itu.

“Alhamdulillah saya turut gembira kalau hasil sumbangan orang ramai dia boleh buat banglo berharga 250k, penyumbang2 pun dapat pahala kan..Tapi hubungan dia dengan so called adik angkat tu, aiii.. nampak suspisi0us sangat.Duduk serumah pulak tu.Tak hairanlah org kampung buat rep0rt ke pejabat agama kan… tapi dia kata mentua yang report kan.. hurm, kesian pak mentua.”

“Tengoklah gambar2 dia bersama ‘adik angkat’ dia tu.. amboi2 sedondon sokmo.. keluar kesana kesini kesana kesini kesana kesini…. sedangkan suami yang lmpuh hanya mampu duduk di rumah shj. dijadikan alat untuk meraih smpati & duit ihsan dari followers, netizen & bawang rangers.” kata pemilik akaun Nur Hasnah Pula Rima.

Bercuti bersama, tinggal suami

Menerusi gambar yang disertakan itu, mereka berdua dikatakan telah beberapa kali melancong bersama antaranya di Phuket, Thailand dan Cherating. Perkara itu turut disahkan melalui perkongsian Ayu di laman facebooknya.

Malah ada juga yang mendakwa jam perkahwinan Siti Rohayu dan suaminya itu telah dipakai oleh Faiz.

Apa-apa pun, semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan baik hubungan antara menantu dan mertua. Jika benda ini fitnah, mohon Ayu tampil jelaskan perkara sebenar seperti mana yang dia perkatakan sebelum ini.

[fbcomments]