Nama Mia Sara Nasuha memang tidak asing lagi dalam industri seni hiburan. Pelakon ini telah memulakan kerjaya lakonannya di usia yang muda dan diminati pelbagai lapisan umur.
Baru-baru ini, telah kecoh di media sosial video seorang artis berpenampilan muslimah membuka tudung dan berparti di sebuah kelab. Ramai yang menyangka individu di dalam video tersebut ialah Mia Sara.
Ini Jawapan Mia Sara
Mia Sara Nasuha, 17 menafikan perkara tersebut dan mengaku terkejut apabila mendapat tahu spekulasi tersebut. Dia juga meminta masyarakat menilai sendiri perkara tersebut.

“Zaman sekarang di media sosial. Fitnah atau apa-apa adalah benda yang biasa berlaku. Orang boleh sahaja letak gambar sesuka hati.
“Saya nak cakap, itu bukan saya. Kalau nak percaya, percayalah kalau tak mahu, tidak mengapa.
Terima dengan hati terbuka
“Saya sendiri agak terkejut dapat panggilan daripada ramai pihak. Saya pun tak tahu sumber itu daripada mana datang. Saya terima dengan hati yang terbuka.
“Saya cakap lebih-lebih pun, macam saya pula yang salah. Tapi saya rasa terpulanglah. Kalau nak teruskan spekulasi ini atau terus mengecam dan memfitnah, terpulanglah pada anda,” katanya.
Bapa Mia tampil jelaskan keadaan
Sementara itu, bapa kepada remaja itu Muhammad Ridhuan turut membuka mulut tentang spekulasi tersebut. Tegasnya, dia berharap semua pihak dapat menghentikan spekulasi tersebut dan menghormati bulan Ramadan.
“Benda ini dah berlarutan agak lama, saya bagi dia yang memberi kenyataan tapi lain pula jadinya dan nampak bertambah parah.
“Sekarang ini saya harap ia berakhir di sini sahaja. Gambar dan video tersebut bukan anak saya. Saya tak faham kenapa perlu dikaitkan dengan anak saya.
“Saya harap berhenti sebarkan spekulasi ini, lagi-lagi kita berada dalam bulan Ramadan,” tegasnya.

Sumber: Harian Metro