Seorang lelaki diberkas penduduk kampung selepas didakwa cuba untuk mengintai wanita sedang mandi, dalam kejadian di sebuah kediaman di Jalan Jambu, Meru, Klang, Selangor pada Sabtu.
Video di bawah:
https://x.com/update11111/status/1789278592062693550?s=46&t=lOtDPMyIYmtDu_EQulWeUw
Mempunyai Lebih 10 Video Wanita Mandi
Memetik laporan Majoriti Official, difahamkan lelaki terbabit mempunyai lebih daripada 10 rakaman video wanita sedang mandi di pelbagai lokasi sekitar Klang.
Selain perbuatan mengintai, individu berkenaan turut didakwa untuk cuba membuat rakaman melalui telefon pintarnya ketika kejadian.
Difahamkan, pelaku berasal dari Kedah dan merupakan penyewa di salah sebuah rumah dekat kawasan berhampiran atas faktor pekerjaan.
“Ingatkan di homestay dengan hotel sahaja yang tak selamat, nak mandi dekat rumah pun tak selamat.
“Dapat tangkap pelaku sedang dalam usaha mengintai dan merakam wanita mandi, rampas telefon dia ada banyak koleksi video wanita dalam bilik air.
“Hati-hati kalau terjumpa lelaki ini, semua video diambil dari lokasi berlainan,” dakwa hantaran tersebut pada Sabtu.
Lelaki terbabit dikatakan telah dibawa ke balai polis untuk tindakan selanjutnya, namun masih belum ada sebarang kenyataan rasmi berhubung kes itu setakat ini.
Orang ramai dinasihati sentiasa berwaspada dengan kegiatan mengintai khususnya golongan wanita di sekitar Meru.
Kredit: Majoriti Official