Seperti yang dikenali, nama mat rempit sudah menjadi kebiasaan sejak dahulu lagi bahkan terciptanya filem tentang kisah mat rempit yang pernah diterbitkan oleh produksi terkenal. Namun, kebanyakan mat rempit yang dikenali selalunya wakil daripada pihak lelaki, bukannya wanita.
Baru-baru ini lagak aksi sekumpulan wanita yang menunggang motosikal secara bahaya di lebuhraya berjaya dirakam oleh pengguna jalan raya yang lain, dengan memaparkan mereka beraksi sebagai minah rempit yang menunjukkan kehebatan mereka dengan membuat aksi merbahaya.

Superwomen Wanita Beraksi
Berdasarkan video yang dimuat naik di laman Twitter oleh media @mynewshub, kelihatan sekumpulan minat rempit berhijab membuat aksi “superman” atas lebuhraya yang sesak dengan kereta.
Mereka yang tidak memikirkan rasa bahaya itu dengan bangganya melakukan lagak aksi dan sering menukar lorong sesuka hati tanpa mempunyai sikap bertimbang rasa terhadap pengguna jalanraya yang lain, terutamanya pemandu kereta.
Betul-betul Tak Sayangkan Nyawa
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen hairan dengan tindakan yang dibuat oleh mereka sekumpulan ini kerana ia bukan sahaja membahayakan keselamatan, tetapi boleh meragut nyawa orang lain juga.



Kredit: Twitter Mynewshub