Seorang wanita warga emas berbangsa Cina yang sedang menerima rawatan akibat jangkitan Covid-19 dikatakan mahu memeluk agama Islam sebelum ditidurkan di sebuah hospital di Sabah


Ustaz Mohd Taufik Tee Abdullah menerusi laman Facebook hari ini memuat naik sebuah klip video memaparkan tiga jururawat berada di samping warga emas itu dengan seorang daripada mereka mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah.

“Sebelum ditidurkan aunty (mak cik) ini minta disyahadahkan dua kalimah,” tulisnya dalam kapsyen hantaran tersebut malam ini.

Dalam pada itu, Ustaz Firdaus Wong Wai Hung dalam satu hantaran di laman Facebook beliau berkata, warga emas itu semakin beransur sihat dan dia tidak ditidurkan.


“Seorang daripada anaknya juga telah lebih awal memeluk Islam. Kejadian ini dikatakan berlaku di Hospital Duchess of Kent, Sandakan di Sabah.”

Kebanyakan netizen menyifatkan wanita itu sangat beruntung kerana diberi hidayah dan mendoakan kesembuhan wanita itu.

Seorang wanita di Sandakan, Sabah meminta untuk memeluk islam sebelum ditidurkan.

Posted by Wacana.my on Sunday, 19 September 2021

[fbcomments]