fbpx

Mira atau nama sebenarnya Amirah Aqilah Firdaus menimbulkan kekecohan apabila dilabel sebagai penyondol yang meruntuhkan rumahtangga majikan sendiri yang juga merupakan pempengaruh, View Chin dan isterinya, Ah Moi.

Mira kini tidak lagi menyembunyikan diri malah menerima banyak tawaran termasuklah bekerjasama dengan figura besar seperti Datuk Aliff Syukri untuk mepromosikan jenama tudungnya.

Dalam sebuah hantaran yang dimuat naik seorang pengguna TikTok, Aliff Syukri dalam siaran langsung mereka telah bergurau dan menyebut nama View Chin.

“Kita rapat lagi Mira, ha View Chin jangan marah ye.”

Perkara itu telah membuatkan Mira ketawa dan secara spontan telah memberitahu dia telah lama tidak berjumpa majikannya itu.

“Saya dah la dah lama tak jumpa View Chin!”

Aliff terus mengambil peluang itu untuk mengajukan soalan susulan kepada Mira.

“Apa perasaan bila dah lama tak jumpa View Chin” ujar Aliff.

Mira berfikir sejenak sebelum mengakui rindu akan View Chin.

 “Mestilah rindu boss saya,” balas Mira.

Terdahulu Mira telah menerima kecaman kerana mempunyai hubungan sulit di tempat kerja hingga menjadi punca retaknya rumah tangga majikannya. Mira bagaimanapun memohon maaf dan meneruskan kerjayanya dalam dunia pengacaraan media sosial.

Sumber: TikTok KakiComen

[fbcomments]