fbpx

Penyanyi rap popular, MK K-Clique memuat naik beberapa keping fotonya bersongkok yang menarik perhatian ramai.

MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan,27 berkongsi foto bersaiz pasport itu di laman Instagramnya pada Jumaat. Meski pun tidak menyatakan secara terang, ramai yang berpendapat MK sedang menanti hari untuk menamatkan zaman bujangnya.

Dalam hantaran tersebut, MK juga mendoakan urusan setiap orang dipermudahkan.

“Salam Jumaat! If you’re reading this, semoga Allah permudahkan segala urusan kita, menggantikan setiap ujian dengan ketenangan dan keamanan dengan nikmatnya. Aminn Allahuma Aamiinn,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memberi ucapan tahniah kepada artis tersebut, termasuklah rakan-rakan selebriti.

Selain itu,ramai juga yang berteka-teki akan urusan lelaki tersebut dan tidak kurang yang mendoakan yang baik-baik buatnya.

Sumber: Instagram hairiwhuut

[fbcomments]