fbpx

Semalam, tularnya satu video di laman TikTok berkenaan tentang seorang penghantar makanan dari Food Panda yang terpaksa menghantar makanan yang dipesan dengan berjalan kaki akibat motor disita oleh pihak penguatkuasa.

@kikyycoco

hina sangat ke kerja grab/foodpanda ? kesian abang tu nak cari rezeki , semoga abang dipermudahkan segala urusan 🤲🏻💪🏻 #fypシ #xyzbca #jpjmalaysia #riderfoodpanda

♬ Royalty – Egzod & Maestro Chives & Neoni

Motosikal Disita, Tak Tahu Abang Tu Buat Salah Apa

Berdasarkan video yang dimuat naik oleh @kikyycoco di laman TikTok, difahamkan motosikal rider Food Panda itu didakwa dan dipercayai telah disita oleh penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sebuah jalan raya. Katanya, hanya disebabkan kurang 1 nombor di plat kenderaan terus motosikalnya ditarik dan disita tanpa belas kasihan.

Dalam rakaman video itu juga memaparkan pihak berkuasa sedang menjalankan operasi sekatan jalan raya selain kelihatan beberapa individu serta motosikal yang dipercayai disita tersadai di bahu jalan.

Luluh Hati Tengok Keadaan Abang Tu Jalan Kaki Sambil Galas Beg..

Meninjau di ruangan komen TikTok tersebut, rata-rata netizen amat bersimpati dengan keadaan rider tersebut kerana tiada belas kasihan dari pihak berkuasa untuk beliau laksanakan kerjanya terlebih dahulu. Ramai juga diantara mereka yang mahu menghulurkan bantuan namun beliau tidak dapat dijejaki kerana video ini dirakam tanpa mengetahui identiti rider tersebut.

Kredit: TikTok kikyycoco

[fbcomments]