fbpx

Seorang pesawah dilaporkan maut dalam keadaan mengerikan selepas pisau pengait kelapa sawit yang dibawanya menembusi bahagian belakang badannya, dalam kejadian di Parit Sulaiman, Bagan Serai, Perak pada Rabu.

Maut Bilah Sawit Tertusuk Badan

Menurut Ketua Polis Daerah Kerian iaitu Superintendan Juna Yusof, beliau memaklumkan bahawa mangsa dikatakan sedang membawa galah sawit untuk mengambil kelapa sawit sekitar jam 6.58 petang.

Namun malang tidak berbau, mangsa yang merupakan seorang lelaki berusia 44 tahun sedang menunggang motosikal ketika kejadian dikatakan terbabas hingga menyebabkan galah sawit yang dibawanya terpelanting dan menembusi belakang badannya.

“Pisau berkenaan dikatakan menusuk belakang mangsa dan kejadian itu disedari dua orang awam yang melihat mangsa dalam keadaan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri di dalam parit.

“Petugas perubatan dan ambulans yang tiba mengesahkan mangsa telah meninggal dunia dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk dibedah siasat,” jelasnya.

Juna Yusof menambah, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut menandakan ia sebagai satu insiden yang tidak diduga dan malang.

Kredit: Harian Metro

[fbcomments]